Bon Counter-Strike 2

Penerimaan
Markah agregat
PengagregatMarkah
Metacritic82/100[6]
Markah ulasan
PenerbitanMarkah
Edge9/10[7]

Critical reception

Menurut laman sesawang yang mengulas permainan video, Metacritic, Counter-Strike 2 mendapat ulasan "agak baik" dari ahli kritik, merujuk ke 13 kritikan yang berbeza.[6] Pada laman OpenCritic, permainan ini hanya mendapat markah purata dari pemain-pemain sebesar 77%, markah dari ahli kritik di laman itu lebih besar iakni 83%[8]

Jake Tucker dari TechRadar mengkongsi Counter-Strike 2 dengan markah 4 dari 5 bintang peringkat. Dalam pandangannya, ia bercakap bahawa: "Counter-Strike 2 seakan kubu teriakan yang berkaok-kaok. Memang asing bagi pemain baharu tetapi pembaharuan yang telah dinanti-nanti bagi komuniti penyokong Counter-Strike sejak lama. Sebarang setakat ini, ia merupakan permainan penembak perlawanan terbaik di pasaran. Permainan inipun kami menyedarinya bahawa belum tentu serasi untuk semua orang". Chris Shive dari Hardcore Gamer memberi peringkat 4/5 dengan mengatakan bahawa, "pembaharuan positif daripada CS:GO".[4]

Ed Thorn, penyelia ulasan daripada Rock Paper Shotgun, berkata bahawa "CS2 sudah sesuai menjadi pewaris siri Counter-Strike sebelum ini", tetapi dia sedikit kecewa dengan mengatakan "peta di permainan ini masih agak hampa", meski kurang yakin Ed masih menaruh harapan pada Valve dan berkata, "Had masa CS:GO telah tamat, bagaimanapun harus ada siri POP yang menggantikan takhta permainan itu".[2] Charlie Theel dari Polygon memuji Counter-Strike 2 dengan ulasan "langkah jauh yang sangat baik bagi francais". Hal yang dipuji ialah: lakaran dan kemampuan senjata yang setaraf, penampakan grafik yang lebih elok, reka suara lebih tampak aktual dan pengarahan tata seni.[9]

Pandangan Pemain

Siri ini mendapat hujatan keras daripada pemain sebab ketika tarikh permainan keluaran, server CS:GO sempat dipadam oleh pelantar Steam, akibatnya pemain tidak boleh memainkan moda lama seperti Arms Race (Rempit Senjata) and Danger Zone (Zon Ugutan).[10] Pemain pun beramai-ramai menyerang laman-laman yang pro-counter strike 2 dengan memberikan ratusan ribu ulasan negatif, Valve dan Steam pun meredam amarah netizen dengan licik. Kedua syarikat itu melencongkan lebih daripada 2 juta ulasan CS:GO kepada CS2, agar siri terbaharu itu tampak tidak berlaku apapun.[11] Graham Smith dari Rock Paper Shotgun mendakwa bahawa Counter-Strike 2 seharusnya mendapat markah hanya 59% dan menurutnya lebih pantas jikalau mendapat markah dekat dengan angka 0.[12]

Dalam reka kaji PCGamesN, setakat October 11, 2023, Counter-Strike 2 memejalkan peringkat sebagai permainan video dengan kritik paling negatif dari produk Valve dan permainan video muat turun terburuk sepanjang sejarah Steam.[13]

Anugerah

Meskipun permainan ini penuh kontroversi, Counter-Strike 2 tetap tersenarai dalam Anugerah Permainan Video 2023 ke atas kategori "Permainan E-sukan terbaik".[14]